Thursday 11 March 2010

Bulan Sukan Liverpool (BSL) 2010

Share


Bulan Sukan Liverpool(BSL) merupakan satu acara tradisi dianjurkan oleh Kelab Umno Liverpool, diadakan setiap tahun bagi mengeratkan silaturrahim serta manjana semangat kesukanan di kalangan warge Liverpool. Untuk acara ini, warga Liverpool dibahagikan kepada 4 rumah sukan di mana satiap nama rumah sukan diambil sempena nama-nama ahli kumpulan The Beatles yang berasal daripada Liverpool. Nama-nama rumah sukan tersebut ialah John Lennon(merah), Paul McCartney(biru ), Ringo Starr (putih)dan Gerge Harrison(kuning).
           
     BSL pada tahun ini diadakan bermula dari 14 Februari 2010 hingga 7 Mac 2010. Tema yang dipilih untuk BSL tahun 2010 ialah BUKAN SEKADAR LIBURAN yang  telah dicadangkan oleh abang nazali.Acara- acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah bola sepak, bola jaring, badminton, bola tampar(lelaki), bola tampar(wanita), bola tampar(lelaki), bowling(lelaki), bowling(wanita) dan treasure hunt. Selain itu, gerai makanan juga diadakan sepanjang Bulan Sukan Liverpool yang membolehkan warga Liverpool menikmati makanan Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Acara pertama yang dipertandingkan ialah bola sepak dan bola jaring iaitu pada 14 Februari 2010 bertempat di Kensington Sport Center. Untuk  bola sepak, John Lennon(merah) telah merangkul tempat pertama manakala tempat kedua diperoleh Paul Mc Cartney(biru). Bagi bola jaring, Paul Mc Cartey(biru) mendapat tempat pertama manakala tempat kedua diperoleh George Harrison(kuning). Malang bagi John Lennon dan Ringo Starr kerana telah digagalkan penyertaannya kerana kekurangan ahli pasukan sewaktu acara bola jaring diadakan.

        Pada 21 Februari 2010, pertandingan badminton diadakan di Kensington Sport Center. Sambutan yang diterima amat menggalakkan di kalangan  post graduate dengan kelibat mereka membawa anak-anak mereka di sana. Suasana amat meriah dengan kehadiran anak-anak kecil di sana. Bagi pertandingan badminton, tempat pertama dimenangi oleh John Lennon(merah) manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Paul McCartney(biru).
Bola tampar(wanita) telah diadakan pada 28 Februari 2010. Keempat-empat pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam permainan ini. Walau bagaimanapun kalah dan menang merupakan adat pertandingan. Tempat pertama untuk bola tampar(wanita) telah dimenangi oleh George Harrison( Kuning ) manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Paul McCartney(biru).

       Treasure Hunt, bowling dan bola tampar lelaki telah diadakan pada minggu yang sama iaitu dari 6 dan 7 Mac 2010.  Untuk upacara treasure hunt, biarpun acara ini bermula agak lewat sedikit, semua pasukan berjaya menghabiskan semua cabaran dengan jayanya. Pasukan George Harrison(kuning) manghantar paling ramai peserta iaitu seramai 6 orang, didikuti oleh Paul McCartney, 5 peserta, John Lennon, 4 peserta dan Ringo Starr, 3 peserta. Tempat pertama untuk treasure hunt telah dimenangi oleh pasukan George Harrison(kuning) manakala tempat kedua dirangkul oleh pasukan Ringo Starr(putih). Acara bowling pula telah diadakan pada malam harinya bertempat di Hollywood Bowl Liverpool. Semua peserta telah menunjukkan bakat-bakat yang terpendam di dalam permainan ini dan keputusannya berpihak kepada John Lennon(merah) , tempat pertama dan Paul Mc Cartney(biru) , tempat kedua bagi bowling lelaki manakala untuk permainan bowling wanita,  pasukan Ringo Starr(putih) merangkul tempat pertama dan tempat kedua pula telah dimenangi oleh George Harrison(kuning).

        Bola tampar lelaki pula telah diadakan pada hari terakhir iaitu pada 7 Mac 2010 diikuti dengan upacara penutup bagi Bulan Sukan Liverpool 2010. Untuk acara bola tampar, pasukan John Lennon sekali lagi menempatkan diri mereka di tempat pertama manakala tempat kedua telah dimenangi oleh…


           Upacara penutup Bulan Sukan Liverpool 2010 diadakan di perkarangan Kensington Sport Center. Keputusan yang diperoleh sangat menarik menyaksikan pasukan John Lennon(merah), Paul McCartney(biru) dan Ringo Starr(putih) berkongsi di tempat pertama manakala pasukan Georga Harrison( kuning) berada di tempat kedua. Olahragawan dan olahragawati pada tahun ini juga telah diumumkan. Atas semangat kesukanan yang berkobar-kobar dan tidak pernah malap, Abang Hadi dinomatkan sebagai olahragawan pada tahun 2010 dan Kak Darlina merupakan olahragawati untuk tahun ini.

         Kesimpulannya, Bulan Sukan Liverpool tahun 2010 berjaya ditamatkan dengan jayanya. Objektif BSL pada tahun ini juga tercapai menyaksikan hubungan yang lebih erat di kalangan warga liverpool setelah bermandi peluh bersama-sama bagi menyaksikan kemenangan bagi pasukan mereka. Diharapkan acara ini dapat dijalankan lagi untuk tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.
TAGLINE BSL 2010


ACARA NETBALL



ATLET FUTSAL BERAKSI

Sekitar acara penutupan



olahragawan contoh 2010-Hadi

2 comments:

  1. Pembetulan:
    Bola tampar wanita, no. 1 George Harrison dan no.2 adalah RINGO STARR....

    Bola tampar Lelaki, no.1 RINGO STARR n no. 2 John Lennon

    yg lain tu sume mantap...

    sekian,
    BSL Team

    ReplyDelete
  2. wahh menariknya report nih..siapa yg karang nih agak2 nya yaa???...
    bahasa melambangkan bangsa!!aduhai....
    hehehe...



    -remy-

    ReplyDelete