Sunday 20 November 2011

Share
Assalamualaikum,

Pada 6 November 2011, MSC Liverpool telah dengan berbesar hatinya mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha yang bertempat di Al - Ghazali Centre. Berbagai-bagai juadah dan santapan yang telah disediakan pada majlis tersebut diserikan lagi dengan kedatangan para tetamu yang sudi hadir untuk beramah-mesra sesama warga Liverpool. Justeru, pihak AJK MSC Liverpool memanjatkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah sudi menyumbangkan baik sumber kewangan, masa mahupun tenaga bagi menjayakan majlis pada kali ini.

Antara aturcara majlis selain jamuan termasuklah penghargaan kepada AJK MSC Liverpool bagi sesi sebelumnya, diikuti pula dengan perlantikan ahli-ahli AJK MCS Liverpool bagi sesi 2011/2012. Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK MSC sesi 2010/2011 atas segala jasa mereka sepanjang tahun bagi memastikan kelancaran urusan AJK MSC. InsyaAllah AJK MSC pada tahun ini tidak pula ketinggalan dan mampu menguruskan MSC Liverpool dengan lebih baik.

Selain itu, tidak lupa sesi bersuai kenal bersama warga-warga yang baru sahaja sampai ke bumi Liverpool. Seperti biasa, mereka semua telah disambut dengan penuh kemesraan oleh warga-warga Liverpool yang lain atas kesudian mereka untuk menghadirkan diri dalam majlis tersebut.

Di samping itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih bagi mereka yang sudi meluangkan masa bagi memastikan daging-daging korban diagihkan dengan sepatutnya. Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar dan kami, ahli-ahli AJK MSC 2011/2012 mengharapkan yang terbaik bagi majlis-majlis yang bakal mendatang.

Para tetamu yang sudi melibatkan diri dalam sesi fotografi pada akhir majlis

Teraju AJK MSC Liverpool sesi 2010/2011 yang telah banyak menyumbangkan tenaga bagi memastikan segala urusan MSC berjalan lancar sepanjang tahun

Teraju AJK MSC Liverpool sesi 2011/2012 yang baru sahaja  mula menggiatkan diri dalam penerajuan  AJK pada tahun ini

Para tetamu sedang menjamu selera sambil beramah-mesra

Warga Liverpool yang sudi meluangkan masa bagi proses pengagihan daging korban