Saturday 10 September 2011

Info Liverpool

Share
Selamat Sejahtera

Semoga saudara/i dalam keadaan sihat dan diberkati Allah.

Terlebih dahulu pihak Malay Speaking Circle (MSC) Liverpool ingin mengalu-alukan kedatangan saudara/i dan mengucapkan tahniah kerana berpeluang utk menimba ilmu di sini. Salah satu fungsi MSC adalah membantu pelajar/warga Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke Liverpool dengan cara menyalurkan maklumat/nasihat yang berkaitan dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri kemudian nanti. Berikut adalah serba sedikit mengenai MSC Liverpool:

http://www.mscliverpool-blog.blogspot.com/

http://groups.yahoo.com/group/mscliverpool/

saudara/i digalakkan untuk menjadi ahli MSC liverpool yahoogroup dengan cara memohon keahlian kepada moderator group. Sila perkenalkan diri saudara/i kepada moderator semasa proses permohon keahlian utk memudahkan keahlian saudara/i diterima. Segala maklumat yang berkaitan dgn MSC liverpool akan dihebahkan melalui MSC liverpool yahoogroup dari masa ke masa.

Justeru bagi membolehkan MSC mengetahui serba sedikit mengenai saudara/i, sudilah kiranya memaklumkan kepada MSC maklumat-maklumat yang berikut:

1) Nama penuh, umur

2) Majikan di Malaysia

3) Kursus yang diambil di Liverpool dan nama universiti

4) Nama serta umur bagi pasangan dan anak-anak yang akan turut serta

5) Tarikh dijangka tiba di Liverpool (sertakan maklumat penerbangan (flight itinerary) (jika ada)


Sila hubungi Penghulu dan Biro kebajikan MSC untuk mendapatkan Host Letter bagi menyokong permohonan visa saudara/i kelak. Juga disertakan adalah sedikit panduan ringkas untuk persediaan sebelum ke liverpool. Sedikit gambaran tentang apa yang boleh MSC bantu ialah:


Bantuan dari MSC Liverpool Kepada Pelajar/Keluarga yang tiba:

1- Pengangkutan dari airport manchester/liverpool – bantuan boleh diberikan dengan sedikit sumbangan daripada pihak pelajar, iaitu GBP30 untuk sebuah kereta dan GBP50 untuk MPV bagi tujuan menampung bayaran minyak dan parking kenderaan. Wang sumbangan ini akan diberikan kepada pihak yang mengambil pelajar/keluarga tersebut. Walaubagaimanapun, bantuan ini bergantung kepada kerelaan dan kelapangan warga MSC pada masa ketibaan pelajar. Sumbangan ini masih rendah secara relatifnya. Sebagai contoh – Pengangkutan dari Manchester Airport ke Liverpool dengan menaiki teksi biasanya GBP70.00. Juga, pelajar digalakkan untuk merancang supaya tiba di sini pada hujung minggu, kerana kemungkinan sekiranya pelajar tiba pada hari bekerja, ramai warga MSC yang perlu ke university dan pelajar mungkin terpaksa menaiki keretapi/menyewa teksi untuk datang ke Liverpool.

2- Rumah Transit/host – jumlah sumbangan adalah GBP40 bagi keluarga/pelajar baru yang ahli keluarganya tidak melebihi empat orang (suami, isteri dan dua anak) . Bagi setiap penambahan ahli keluarga, bayaran GBP5 akan dikenakan. Pihak MSC menetapkan bahawa tempoh transit adalah selama 3 hari. Pelajar diharapkan agar memahami keadaan keluarga Malaysia di sini yang kebanyakannya mempunyai keluasan kediaman yang terhad (kebanyakannya dengan 1 @ 2 bilik kecil sahaja). Walaubagaimanapun, sekiranya tempoh yang lebih lama diperlukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya bergantung kepada budi bicara host berkenaan.

3- Rumah Kediaman - pihak MSC tidak mencarikan rumah untuk pelajar baru kerana dikhuatiri tidak bersesuaian dengan kehendak pelajar, Tetapi kami akan beri garis panduan yang boleh membantu pelajar dalam urusan pencarian rumah. Diharapkan ini dapat membantu pelajar dalam dalam urusan pencarian rumah dari awal lagi.

Jika saudara/i datang bersama keluarga, maka saudara/i perlu mencari sebuah rumah untuk disewa, samada melalui property agent ataupun landlord. Agent rumah sewa yang popular disini dan menyediakan urusan yang mudah untuk pelajar menyewa (perlu sediakan surat tawaran belajar dari universiti, bukti pelajar seperti maklumat pendaftaran, afidavit kewangan (financial affidavit) dari KPT/universiti serta bayaran booking, admin dan legal fee (dalam GBP120) ialah Sutton Kersh:

http://www.suttonkersh.co.uk/index.php?page=residential_lets_home.html

Selain itu, saudara/i boleh juga merujuk ke laman-laman web berikut utk tujuan mencari rumah sewa:

http://www.gumtree.com/flats-and-houses-for-rent/kensington-liverpool/house-for-rent

http://www.rightmove.co.uk/property-to-rent.html

jika saudara/i datang bersendirian, mungkin menyewa sebuah bilik sudah mencukupi. Agent rumah sewa untuk pelajar-pelajar universiti (kebanyakannya untuk penyewa individu (pelajar undergrad/tanpa keluarga)), ialah Liverpool Student Home:

http://www.studentpad.co.uk/liverpool/Accommodation-Search.asp

Tempoh berurusan untuk mencari rumah disini agak lama, sekitar seminggu hingga sebulan. Jadi jika saudara/i dapat menyelesaikan urusan pencarian rumah sebelum tiba ke liverpool, ianya akan lebih memudahkan, terutamanya jika saudara/i datang bersama keluarga. Postcode bagi pencarian rumah yang sesuai bagi pelajar adalah L7 (Kensington) dan L3 (city center) kerana berdekatan dengan universiti.

Dalam masa yang sama, pihak MSC juga akan memaklumkan saudara/i sekiranya terdapat rumah untuk disewa yang terus dengan tuan rumah (Landlord), namun ada waktu-waktu yang susah untuk kita perolehi rumah sewa seperti ini.

Anggaran Kos hidup dan lain-lain.

1- Anggaran kos hidup disini adalah bergantung daripada pihak saudara/saudari berbelanja. Kebiasaanya anggaran kos hidup sebulan bagi rumah bernilai £400-£600 adalah £1100 -£1600 termasuk rumah, kereta, makan serta bil-bil lain.

2- Sekolah anak. Terdapat banyak nursery (3-4 tahun) dan sekolah (4 ke atas) di sini, dengan percuma, dan hanya perlu beli uniform sekolah sahaja. Perkara ini boleh diuruskan setelah tiba di UK.

MSC berharap penjelasan ini dapat membantu saudari membuat persiapan dan persediaan sewajarnya sebelum datang ke sini. Kalau ada apa-apa pertanyaan, bolehlah saudara/i terus berhubungan dengan kami di Biro Kebajikan MSC. MSC akan cuba membantu untuk memudahkan urusan saudara/i sekeluarga.

Semoga segala urusan saudara/i untuk tiba di sini pada masa yang dirancang dipermudahkan.

Sekian.

MSC Liverpool

No comments:

Post a Comment