Sunday 25 September 2011

Majlis Sambutan Aidilfitri dan AGM MSC Liverpool 2011

Share
Assalamualaikum,

Masih di dalam bulan Syawal 1432H, MSC Liverpool telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri pada hari Sabtu 24 September 2011 yang lalu. Bertempat di Kensington Sports Centre, majlis tersebut diadakan dengan serba sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ramai warga MSC, termasuk pelajar2 UG yang baru. Menu pada hari tersebut adalah pelbagai, dengan nasi tomato dan ayam masak merah, pulut kuning, nasi himpit dan kuah kacang, soto dan macam2 lagi juadah pencuci mulut. Seperti biasa, juadah disediakan secara gotong-royong oleh semua warga MSC. Kami AJK MSC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga yang menyumbang dari segi kewangan dan juga tenaga dalam menjayakan majlis ini. Turut ditujukan penghargaan ini kepada kedai makanan halal JB Superstore yang masih sudi menyumbang 2 kotak ayam seperti tahun2 sebelumnya, begitu juga kepada KUL atas sumbangan pinggan mangkuk dan bayaran sewa dewan.

Pada majlis tersebut juga, AGM MSC telah diadakan. Setelah sekian lama, AJK MSC pada tahun ini memutuskan untuk mengadakan AGM bagi memudahkan JK MSC seterusnya memohon peruntukan kewangan daripada pihak Education Malaysia UK. Beberapa perkara telah dibincangkan pada AGM tersebut seperti laporan aktiviti2 2011 dan juga laporan kewangan. Pengumuman pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 untuk memimpin MSC pada tahun 2012 juga telah diumumkan pada mesyuarat berkenaan.

Akhir kata, kami JK MSC 2011 ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan semua warga MSC khasnya, dan LMS dan KUL amnya atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang memimpin MSC pada tahun 2011 ini. Kami berharap agar sokongan yang sama atau lebih baik lagi dapat diberikan kepada JK MSC 2012.

Terima kasih.













No comments:

Post a Comment