Wednesday 12 January 2011

Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Muslimin

Share
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 12 Januari 2011, telah diadakan majlis solat hajat bersempena dengan peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tidak lama lagi. Majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 7.00 malam telah dimulakan dengan solat sunat hajat, dan seterusnya tazkirah ringkas daripada Ustaz Tarmizi. Pengisian tazkirah adalah berkisar tentang betapa kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T. hendaklah memohon pertolongan hanya kepada Nya dalam menghadapi segala ujian atau dugaan. Namun, kita haruslah membersihkan hati kita terlebih dahulu dengan memperbanyakkan istighfar dan amal ibadat serta memohon keampunan daripada Allah. Seterusnya, barulah kita memohon pertolongan dan berserah atau bertawakkal kepada ketentuan-Nya. IsyaAllah, dengan tawakkal dan usaha yang secukupnya, doa kita akan diperkenankan.
Kehadiran pelajar-pelajar pasca dan pra siswazah muslimin di majlis yang serba ringkas ini adalah sangat menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbangkan juadah untuk dikongsi bersama didalam majlis ini, terutamanya Biro Kerohanian MSC. Pihak AJK MSC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjuang menghadapi peperiksaan kepada pelajar-pelajar pra siswazah. Semoga segala usaha anda mendapat keredhaan Allah dan seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, insyaAllah. Untuk muslimat, jangan lupa untuk turut serta menghadiri majlis solat hajat muslimat yang akan diadakan pada hari Jumaat, 14 Januari 2011.