Sunday 25 September 2011

Keputusan Pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 MSC Liverpool 2012

Share
Assalamualaikum,

Pada AGM MSC yang lalu, keputusan pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu1 MSC Liverpool yang baru yang akan memimpin MSC pada tahun 2012 telah diumumkan. Proses pengundian yang berlangsung selama lebih kurang 3 minggu itu telah berjaya menarik lebih daripada 90% warga MSC untuk membuang undi. Keputusannya, Saudara Shaiful telah dipilih sebagai Penghulu manakala Saudara Zuhri sebagai Timbalan Penghulu 1 yang baru. Penyerahan tugas akan dilakukan kemudian dan mereka secara rasminya akan memikul tanggungjawab yang diberikan oleh semua warga MSC berkuatkuasa 1 Oktober 2011. ini adalah bagi memudahkan JK MSC 2011 untuk melengkapkan laporan dan fail MSC, sebelum diserahkan kepada mereka. Seperti biasa, Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 akan membentuk JawatanKuasanya sendiri dikalangan warga MSC. Kami mengharapkan agar semua warga MSC dapat memberikan kerjasama yang jitu yang pernah dirasai oleh JK MSC 2011 dan sebelumnya bagi membolehkan MSC terus menjalankan fungsinya sebagai persatuan komuniti yang mampu merapatkan hubungan sesama ahli dan juga memastikan kebajikan ahli sentiasa dalam keadaan baik, insyaAllah.

Akhir kata, AJK MSC 2011 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana bersama2 membantu kami untuk memastikan MSC terus dapat berdiri dan berbakti kepada masyarakat Malaysia di Liverpool amnya, dan warga MSC khasnya. Kami juga ingin mngucapkan tahniah kepada Saudara Shaiful dan Saudara Zuhri atas pemilihan ini.

Terima kasih.
Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 yang baru, Saudara Shaiful (kiri) dan Saudara Zuhri.


Penghulu, Timbalan Penghulu 1dan mantan Penghulu.

No comments:

Post a Comment