Sunday 28 March 2010

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW

Share


Syukur Alhamdulillah, seperti yang dirancang, MSC dengan kerjasama KUL dan MSA telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW untuk tahun 1431H pada 27/03/2010 dari jam 2 ptg hingga 6 ptg.
Majlis telas diadakan di Kensington Sport Center dan dihadiri ramai keluarga Post Graduate dan juga Under Graduate.
Sambutan dimulakan dengan Ceramah oleh Utz. Erfino Johari dari MSD London yang banyak menyentuh berkenaan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW, melalui hadith-hadith baginda.
Sedikit soal jawab diadakan berkenaan permasalahan umum dan majlis diakhiri dengan selawat dan sedikit jamuan.
Pihak MSC mengucapkan berbanyak terima kasih diucapkan terutama kepada mereka yang hadir ke majlis ini, para penyumbang makanan dan juga kewangan.
Semoga majlis ini akan mendapat keredhaan Allah jua.

         














Saturday 27 March 2010

Makluman kepulangan ke tanah air

Share

TAHNIAH DR. ELINA

Share
Tahniah dari kami di MSC Liverpool


Thursday 18 March 2010

Pertandingan Futsal Di Bradford

Share

Pemain Utama

Pada Sabtu 13/3/2010, PG Liverpool telah menghantar satu pasukan untuk pertandingan Futsal yang
dianjurkan oleh Persatuan Malaysia di Bradford. 
Team Liverpool diketuai oleh sdr. Shahrir.
Walaupun tidak mendapat tempat pertama, tetapi semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan kami warga Liverpool.
Terima kasih pada semua yang bertungkus-lumus bermain.
Berikut adalah keputusan perlawanan :
Liverpool (1) vs Leeds B (1) : Penjaring: Acul
Liverpool (0) vs Sheffield (3) :
Liverpool (1) vs Leeds A (0) : Penjaring: Azmir
Liverpool (1) vs Bradford (1) : Penjaring: Acul

       



Thursday 11 March 2010

Bulan Sukan Liverpool (BSL) 2010

Share


Bulan Sukan Liverpool(BSL) merupakan satu acara tradisi dianjurkan oleh Kelab Umno Liverpool, diadakan setiap tahun bagi mengeratkan silaturrahim serta manjana semangat kesukanan di kalangan warge Liverpool. Untuk acara ini, warga Liverpool dibahagikan kepada 4 rumah sukan di mana satiap nama rumah sukan diambil sempena nama-nama ahli kumpulan The Beatles yang berasal daripada Liverpool. Nama-nama rumah sukan tersebut ialah John Lennon(merah), Paul McCartney(biru ), Ringo Starr (putih)dan Gerge Harrison(kuning).
           
     BSL pada tahun ini diadakan bermula dari 14 Februari 2010 hingga 7 Mac 2010. Tema yang dipilih untuk BSL tahun 2010 ialah BUKAN SEKADAR LIBURAN yang  telah dicadangkan oleh abang nazali.Acara- acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah bola sepak, bola jaring, badminton, bola tampar(lelaki), bola tampar(wanita), bola tampar(lelaki), bowling(lelaki), bowling(wanita) dan treasure hunt. Selain itu, gerai makanan juga diadakan sepanjang Bulan Sukan Liverpool yang membolehkan warga Liverpool menikmati makanan Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Acara pertama yang dipertandingkan ialah bola sepak dan bola jaring iaitu pada 14 Februari 2010 bertempat di Kensington Sport Center. Untuk  bola sepak, John Lennon(merah) telah merangkul tempat pertama manakala tempat kedua diperoleh Paul Mc Cartney(biru). Bagi bola jaring, Paul Mc Cartey(biru) mendapat tempat pertama manakala tempat kedua diperoleh George Harrison(kuning). Malang bagi John Lennon dan Ringo Starr kerana telah digagalkan penyertaannya kerana kekurangan ahli pasukan sewaktu acara bola jaring diadakan.

        Pada 21 Februari 2010, pertandingan badminton diadakan di Kensington Sport Center. Sambutan yang diterima amat menggalakkan di kalangan  post graduate dengan kelibat mereka membawa anak-anak mereka di sana. Suasana amat meriah dengan kehadiran anak-anak kecil di sana. Bagi pertandingan badminton, tempat pertama dimenangi oleh John Lennon(merah) manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Paul McCartney(biru).
Bola tampar(wanita) telah diadakan pada 28 Februari 2010. Keempat-empat pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam permainan ini. Walau bagaimanapun kalah dan menang merupakan adat pertandingan. Tempat pertama untuk bola tampar(wanita) telah dimenangi oleh George Harrison( Kuning ) manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Paul McCartney(biru).

       Treasure Hunt, bowling dan bola tampar lelaki telah diadakan pada minggu yang sama iaitu dari 6 dan 7 Mac 2010.  Untuk upacara treasure hunt, biarpun acara ini bermula agak lewat sedikit, semua pasukan berjaya menghabiskan semua cabaran dengan jayanya. Pasukan George Harrison(kuning) manghantar paling ramai peserta iaitu seramai 6 orang, didikuti oleh Paul McCartney, 5 peserta, John Lennon, 4 peserta dan Ringo Starr, 3 peserta. Tempat pertama untuk treasure hunt telah dimenangi oleh pasukan George Harrison(kuning) manakala tempat kedua dirangkul oleh pasukan Ringo Starr(putih). Acara bowling pula telah diadakan pada malam harinya bertempat di Hollywood Bowl Liverpool. Semua peserta telah menunjukkan bakat-bakat yang terpendam di dalam permainan ini dan keputusannya berpihak kepada John Lennon(merah) , tempat pertama dan Paul Mc Cartney(biru) , tempat kedua bagi bowling lelaki manakala untuk permainan bowling wanita,  pasukan Ringo Starr(putih) merangkul tempat pertama dan tempat kedua pula telah dimenangi oleh George Harrison(kuning).

        Bola tampar lelaki pula telah diadakan pada hari terakhir iaitu pada 7 Mac 2010 diikuti dengan upacara penutup bagi Bulan Sukan Liverpool 2010. Untuk acara bola tampar, pasukan John Lennon sekali lagi menempatkan diri mereka di tempat pertama manakala tempat kedua telah dimenangi oleh…


           Upacara penutup Bulan Sukan Liverpool 2010 diadakan di perkarangan Kensington Sport Center. Keputusan yang diperoleh sangat menarik menyaksikan pasukan John Lennon(merah), Paul McCartney(biru) dan Ringo Starr(putih) berkongsi di tempat pertama manakala pasukan Georga Harrison( kuning) berada di tempat kedua. Olahragawan dan olahragawati pada tahun ini juga telah diumumkan. Atas semangat kesukanan yang berkobar-kobar dan tidak pernah malap, Abang Hadi dinomatkan sebagai olahragawan pada tahun 2010 dan Kak Darlina merupakan olahragawati untuk tahun ini.

         Kesimpulannya, Bulan Sukan Liverpool tahun 2010 berjaya ditamatkan dengan jayanya. Objektif BSL pada tahun ini juga tercapai menyaksikan hubungan yang lebih erat di kalangan warga liverpool setelah bermandi peluh bersama-sama bagi menyaksikan kemenangan bagi pasukan mereka. Diharapkan acara ini dapat dijalankan lagi untuk tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.
TAGLINE BSL 2010


ACARA NETBALL



ATLET FUTSAL BERAKSI

Sekitar acara penutupan



olahragawan contoh 2010-Hadi

Sheffield Games 2010 Dan Atlet-Atlet Liverpool........

Share
Sheffield Games 2010 Dan Atlet-Atlet Liverpool........
(Laporan disediakan oleh Mohd Fikri Hakim Kamar)
Pada 27/2/2010 yang lepas , pasukan futsal Liverpool telah  bertanding ke dalam kejohanan Sheffield Games 2010 yg berlangsung di Sheffield. Pada kali ini , Liverpool hanya menghantar sebuah pasukan sahaja untuk bertanding dalam kejohanan Sheffield Games 2010. Pada kejohanan tersebut pasukan Liverpool telah berjaya layak ke separuh akhir dan mendapat tempat ke tiga setelah berhempas pulas mengalahkan Pasukan Bradford. Seramai  8 orang pemain (Hawk,Dedust,Moied,Hakim,Hafiiz,Dean dan Fikri) di bawah pimpinan kapten pasukan Liverpool , saudara Hilmi Kamil (Remy Budak Arkitek), telah berlatih dengat giat di tapak latihan pasukan bertempat di Kensington Sport Centre (KSC) beberapa hari sebelum berlangsungnya  kejohanan tersebut. “Terima kasih semua sebab sudi bermain utk team Liverpool nih, dan terima kasih sebab beri kerjasama penuh utk kite menjayakan trip kite pada minggu lepas(27/2/2010)ujar kapten pasukan, Remy.Saudara Remy juga merupakan “top scorer” dalam pasukan Liverpool. Beliau juga berkata “ allright lads...keep the spirit going! keep fit! kita jadi champ kat warwick plak!! come on!!! “. 



Bagi acara lain pula , Mohd Ridhwan Bin Jamaludin (gambar) telah membawa pulang dua pingat emas bagi acara Ping Pong. 

gaye SANG JUARA


Beliau telah berjaya menggondol  pingat emas dalam acara beregu dan juga individu. Pujian juga harus diberikan kepada saudara Firman Sajat  dan saudara Affan Zakwan(gambar) yang merupakan satu-satunya penyokong , merangkap jurukamera bagi pasukan Liverpool di Sheffield. 


Teraju utama pasukan bola.

Walaupun tanpa penyokong-penyokong Liverpool yang lain namun begitu , pasukan futsal Liverpool dan juga pemain emas Ping Pong Liverpool berjaya juga membawa pingat pulang ke Liverpool. Diharap pada kejohanan Sheffield Games yang akan datang , pasukan futsal Liverpool dapat membawa trofi kejohanan pulang ke Liverpool. Begitu juga dengan saudara Ridhwan diharap dapat mempertahankan pingat emas bagi acara Ping Pong untuk kejohanan Sheffield Games yang akan datang.

Berikut adalah jadual perlawanan dan juga keputusan bagi pasukan futsal Liverpool di Shaeffield Games 2010 : (diambil daripada “post-mortem” yang di buat oleh pengurus/jurulatih/kapten Liverpool,Hilmi Kamil)


Group Stage
Liverpool vs Sheffield → 1-1
scorer : remy

Liverpool vs Newcastle B → 5-2
scorer : remy(4), apis

Liverpool vs Bunga² Cinta → 0-1

Liverpool vs Leeds → 7-1
scorer : hakim, remy(5), apis

Liverpool vs Portsmouth → 2-1
scorer : remy, dedust



2nd Round
Liverpool vs Surrey → 2-2
scorer : hakim, apis
(Liv won 3-2 on penalty)
pen takers : remy, dedust, apis


Quarter Final
Liverpool vs Sperma → 2-0
scorer : apis, dedust

Semi Final
Liverpool vs Bradford → 1-2
scorer : dedust

3rd Placing
Liverpool vs Sheffield → 2-1
scorer : moed, remy

Sunday 7 March 2010

BAHAYA FITNAH!!!

Share
Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasakan ia cukup relevan;

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.