Wednesday 16 February 2011

Majlis Tazkirah dan Berbuka Puasa Sempena Maulidurrasul 1432H

Share
Assalamualaikum,
Mengikut takwim tahun hijrah, dalam bulan RabiulAwwal inilah telah lahirnya Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa MSC akan mengadakan Majlis Tazkirah mengikut kampung-kampung sebagai usaha untuk kita memperbaiki diri dengan mengenali dan seterusnya menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda. Kepada yang mampu, anda juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari yang sama kerana majlis berbuka puasa secara 'potluck' akan turut diadakan ditempat-tempat majlis diadakan. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Agenda: Majlis tazkirah dan berbuka puasa
Tarikh: 17 Februari 2011 (Khamis)
Tempat:
  1. Kensington (PG)
    • 36 Albert Edward Road (mula jam 8.00 malam)
    • 14 Liffey Court (mula jam 5.00 petang)
  2. Philharmonic (PG) - Bilik mesyuarat PC (mula jam 7.30 malam)
  3. Minster Court (PG) - akan dimaklumkanoleh ketua kampung.
  4. UG
    • Muslimin: 17 Monument Building
    • Muslimat: 3 Monument Building
Semoga amalan kita yang sedikit ini menjadi bantuan kelak untuk kita mendapatkan syafaat Rasulullah S.A.W di akhirat. InsyaAllah.

Gambar-gambar ketika berlangsungnya majlis.

Kariah Kensington



Rumah Saudara Fazlli

Rumah Hada dan kawan-kawan




Thursday 10 February 2011

Gotong-royong Memunggah Barang ke dalam Kontena Saudara Hadi

Share
Assalamualaikum

Pada tanggal 8 Februari 2011 yang lalu (hari Selasa) telah diadakan gotong-royong memunggah barang masuk ke dalam kontena untuk sahabat kita Saudara Hadi dan Saudari Aisyah. Walaupun aktiviti jatuh pada hari bekerja, namun atas semangat persahabatan dan ukhwah, ramai warga MSC Liverpool yang turun membantu, bukan sahaja dari segi tenaga untuk mengangkat barang tetapi juga bantuan menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada semua yang terlibat. Seperti biasa, kerja yang berat menjadi ringan dengan adanya kerjasama disusuli dengan gelak ketawa yang menjadi 'trademark' warga Malaysia di Liverpool. Semoga ukhwah dan keikhlasan dalam bersahabat yang disemai di bumi Liverpool ini akan dapat diteruskan walau di mana jua kita berada. Saudara Hadi dan Saudari Aisyah telah pun berangkat pulang ke Malaysia pada hari berikutnya, 9 Februari 2011. Pihak MSC Liverpool ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan kepada Saudara Hadi dan Saudari Aisyah, semoga kita berjumpa lagi.