Sunday 12 December 2010

Usrah Perdana: Tafsir Al-Fatihah

Share
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pada 8 Disember 2010 yang lalu bertempat di International Lounge, Liverpool Guild of Students, telah diadakan usrah perdana muslimin dengan topik bicara tafsir Surah Al-Fatihah. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 malam telah dipimpin oleh Ustaz Tarmizi Mat Zin dengan kehadiran muslimin yang agak baik. Sepanjang hampir satu setengah jam majlis berlangsung, banyak ilmu yang dirasakan amat perlu bagi seorang muslim untuk mengetahui dan memahami tentang Surah Al-Fatihah. Sehubungan itu, pihak AJK Biro Kerohanian merasakan ilmu yang dicurahkan itu harus dikongsikan dengan mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir, termasuk muslimat. Rakaman video telah diambil sepanjang berlangsungnya majlis dan pautan ke video-video tersebut ada disertakan di dalam pos kali ini. Adalah diharapkan supaya majlis-majlis keilmuan yang amat berharga seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana walau setinggi mana pun ilmu yang telah kita perolehi, sebenarnya masih banyak lagi ilmu yang belum kita ketahui.