Monday 29 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H/2011

Share

Kami di MSC Liverpool ingin mengucapkan kepada semua warga MSC Liverpool dan pembaca blog ini Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga semua berada dalam keadaan sejahtera pada hari yang bahagia ini.

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan 1432H

Share
Assalamualaikum,

Pada hari Jumaat, 26 September 2011, telah diadakan majlis khatam al-Quran muslimin yang serba ringkas bertempat di Kensington. Majlis ini adalah sebagai penutup kepada program tadarus al-Quran yang telah berjalan sejak daripada 1 Ramadhan yang lalu. Pada keesokan harinya pula, iaitu Sabtu 27 September 2011, majlis khatam al-Quran muslimat pula telah diadakan di Philharmonic Court. Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan kesempatan lagi kepada warga MSC untuk menjalani ibadah puasa amnya, dan bertadarus khasnya pada tahun ini. Semoga program-program sebegini akan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang, insyaAllah.

Friday 19 August 2011

Majlis Iftar MSC Liverpool 2011

Share
Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama blog ini tidak dikemaskini. Almaklumlah, semua orang tengah sibuk dengan urusan pengajian. Mungkin masih belum terlewat untuk kami JK MSC mengucapkan selamat berpuasa yang sudah semakin hampir ke penghujungnya, dan juga selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

Alhamdulillah pada 6 Ogos 2011 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu, warga Malaysia yang beragama Islam telah dapat dihimpunkan bersama-sama dalam Majlis Iftar yang telah diadakan di Al-Ghazali Center, bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam. Hampir semua warga MSC yang berada di Liverpool telah hadir ke majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Atase Pendidikan, Education Malaysia UK & Eire yang berpejabat di Manchester, Pn. Wan Nooraribah Ishak. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis dan seterusnya sedikit pengisian daripada Ustaz Tarmizi. Seperti biasa, menu iftar disediakan secara bergotong-royong daripada semua warga MSC.

Kami JK MSC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga MSC, termasuk KUL atas sumbangan bagi menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga kerjasama yang diberikan akan terus dapat dikecapi pada masa hadapan. Semoga juga tarbiah Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya, dan dapat dikekalkan atau diperbiki lagi pada tahun hadapan, insyaAllah.