Sunday 3 January 2010

Program Hari Raya Korban 1430H

Share
Assalamualikum dan salam sejahtera.
Pihak MSC Liverpool telah mengadakan program Hari Raya Korban pada 29/11/2009 dari jam 11pagi hingga 2.00 petang bertempat di Al-Ghazali Center dan dihadiri oleh sebahagian warga MSC post grade dan under grade.
Program dimulakan dengan Takbir raya yang diketuai oleh saudara Pazli, diikuti ceramah oleh Saudara Fawaz berkenaan Islamic Financial, solat Zohor dan akhirnya jamuan Raya.













Korban juga telah dilakukan pada 28/11/2009. Sebanyak 5 ekor kambing korban dan seekor aqiqah telah diagihkan dan sebahagiannya dijadikan lauk pada program tersebut.








=====================================================================================
(email dari Penghulu)
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Kepada warga MSC yang saya hormati sekalian.

Pertamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan inayahNya maka kita telah diberikan kelapangan dan kesihatan untuk sama-sama menjayakan sambutan Eidul Adha 1430H kali ini.

Bagi pihak jawatankuasa MSC, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kehadiran dan segala pertolongan secara langsung dan tidak langsung terutama dalam penyediaan jamuan raya yang saya kira amat bermakna sekali.

Penglibatan semua pihak seperti KUL dan MSA juga amat-amat dihargai.

Diharap budaya gotong-royong sambil mengeratkan ukhuwah ini akan dapat kita teruskan dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang isyaAllah.

Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penganjuran majlis tersebut. Kami dipihak MSC insyaAllah akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut terutamanya berkenaan dengan pengawalan masa dan sound system.

Sekian, terima kasih.
=====================================================================================
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT....
MSC Liverpool 2009/2010

No comments:

Post a Comment