Sunday 3 January 2010

JAWATAN KUASA PENUH MSC LIVERPOOL 2009/2010

Share





Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.,
Warga MSC yang di hormati sekalian, semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.

Baru-baru ini telah diadakan pemilihan Penghulu MSC dimana saya telah diamanahkan untuk memegang jawatan tersebut. Saya cukup sedar bahawa tanggungjawab yang diberikan ini amat berat dan menganggapnya sebagai sebahagian dari tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu ditunaikan tanpa melupakan matlamat asal untuk ke Liverpool.

Kita masing-masing punya tanggungjawab terhadap agama, bangsa, negara, dan terlebih penting ialah terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat setempat. Atas sebab itulah maka saya menerima perlantikan ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan sokongan kepada saya dan juga ahli jawatankuasa yang dilantik untuk MSC bagi sessi 2009/2010, InsyaAllah.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penghulu yang lepas saudara Nazali dan semua ahli jawatankuasanya di atas khidmat yang mereka telah berikan kepada MSC.

Penghargaan juga saya tujukan kepada semua bekas Penghulu serta semua AJK MSC lepas yang memberikan khidmat mereka dengan baik sekali. Semoga Allah membalas jasa baik yang tuan-tuan dan puan-puan telah berikan, InsyaAllah.

Azman
Penghulu MSC Liverpool 2009/2010

Berikut diumumkan senarai ahli jawatankuasa penuh MSC bagi sessi 2009/2010:














































TERIMA KASIH



MSC Liverpool 2009/2010

No comments:

Post a Comment