Seramai 30 pelajar hadir..Alhamdulillah.
Majlis didahului dengan Solat hajat, diikuti dengan bacaan yassin, berbincangan ilmu oleh Dr Adam Husien, dan tazkirah ringkas oleh Utz Tarmizi.
Dr Adam banyak menyentuh berkenaan kepentingan pengurusan masa, keperluan untuk 'score' dalam exam dan cerita pengalaman beliau semasa menjadi Timbalan Dekan Akademik di USM Kubang Kerian.
Utz Tarmizi menyentuh tuntutan agama dalam menuntut ilmu, kepentingan berdoa, dan kehidupan yang berkat serta kehidupan di alam akhirat.
Majlis disudahi dengan sedikit kudapan ringan.