Tuesday 26 October 2010

JAWATANKUASA MSC 2010/11

Share
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warga MSC Liverpool yang dihormati sekalian, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan di bawah rahmat Allah S.W.T.

Hampir separuh purnama sudah berlalu sejak keputusan pemilihan Penghulu baru MSC 2010/2011 diumumkan. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf atas kelewatan mengumumkan senarai ahli-ahli Jawatankuasa MSC 2010/2011 yang mungkin membuatkan ada diantara anda yang tertanya-tanya bagaimanakah wajah organisasi MSC untuk tahun yang akan datang ini. InsyaAllah, semuanya akan terurai melalui email ini.

Seperti semua sedia maklum, saya telah dipilih dengan hampir sebulat suara sebagai Penghulu MSC yang baru, yang mana saya melihat amanah ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan berat untuk dipikul. Namun, saya nampak akan peri pentingnya MSC Liverpool bukan sahaja dalam menjaga kebajikan masyarakat kita di Liverpool, malah lebih daripada itu. Ia merupakan wadah yang dapat digunakan supaya kita tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama terutamanya, serta bangsa dan negara, melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Atas dasar tersebut, maka saya dengan redha menerima perlantikan ini dengan harapan supaya semua kebaikan ini akan dapat terus dinikmati oleh warga MSC Liverpool, sama ada yang lama dan juga yang baru, InsyaAllah.

Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, MSC Liverpool adalah milik semua. Kami sebagai ahli jawatankuasa hanya cuba untuk mengkoordinasikan segala aktiviti yang berkaitan untuk memudahkan penglibatan semua orang dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan, selain memastikan kebajikan ahli-ahli terjaga. Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan anda adalah amat diharapkan untuk memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Penghulu yang lepas, Saudara Azman dan semua ahli jawatankuasanya atas perkhidmatan yang telah diberikan kepada MSC. Tidak juga dilupakan kepada mantan-mantan Penghulu dan semua AJKnya dalam memastikan kesinambungan MSC sehingga ke hari ini.

Sekian, terima kasih.

Mohd Hanafi Ahmad Hijazi
Penghulu MSC 2010/11

Senarai penuh Ahli-ahli Jawatankuasa MSC 2010/2011:

Penghulu: Mohd Hanafi Ahmad Hijazi
Timb. Penghulu I: Mohd Hilmi Kamil
Timb. Penghulu II: Mohd Shahrir Mohd Sani
Setiausaha I: Nur Syuhada Abu Bakar
Setiausaha II: Nur Ashiela Abdul Manaf
Bendahari: Farah Hazwani Abu Bakar

Biro-biro

Biro Kerohanian
Ketua: Mohd Tarmizi Mat Zin
AJK: Ikhwan Moeiid Hasim
Urusan Muslimat: Siti Hajar Sheikh Md-Fadzullah (Ketua/ PG)
                            Shafiqah Aina Nasir (UG)
Kelas Fardhu Ain: Azman Mohamed Noh

Biro Kebajikan
Ketua: Fazzli Patkar
AJK: Noorul Shaiful Fitri Abdul Rahman (Penempatan PG)
        Muhammad Hakim Razali (Penempatan UG)

Biro Perhubungan Awam & Seranta
Mohd Fikri Hakim Kamar

Biro Tugas-tugas Khas
Abdul Shukur Shaari

Ketua-ketua Kampung

Minster Court: Mohd Ruzaimi Rejab
Philharmonic Court: Khairul Mohd Fadzli Mustaffa
Kensington: Aqsa Othman

1 comment:

  1. Tahniah.....
    Gabungan ajk mantap...InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan.....semoga tiada yang terbeban dengan kerja-kerja amal ini....

    ReplyDelete