Tuesday 26 October 2010

Gotong-royong Memunggah Barang ke dalam Kontena

Share
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu, 23 Oktober 2010, telah berlangsung gotong-royong mengangkat barang ke dalam kontena untuk beberapa orang warga MSC Liverpool yang akan balik tidak lama lagi. Bertempat di Minster Court, aktiviti memunggah barang-barang Abang Hj Amin, Dr. Adam, Saudari Azanizawati dan Saudara Wan Ahmad sekeluarga telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Bagi pihak MSC Liverpool, terima kasih yang teramat diucapkan kepada semua yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga walaupun cuaca agak kurang baik pada pagi tersebut. Gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa kuatnya ukhwah yang telah terjalin sesama warga MSC Liverpool yang mana kerja yang berat dan sukar menjadi ringan sambil diiringi dengan senyuman dan gelak ketawa.














Pada hari Isnin 25 Oktober 2010 pula, telah diadakan gotong-royong untuk memunggah barang-barang Abang Faizul dan keluarga di Old Swan. Aktiviti brmula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Sekali lagi, dengan kerjasama semua yang hadir projek mengosongkan rumah Abang Faizul telah berjaya dilakukan dengan mudah dan menyeronokkan. Semangat kerjasama sebeginilah yang diharapkan akan terus berakar umbi dan bercambah dikalangan warga MSC Liverpool. Kami AJK MSC Liverpool mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan membantu. Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Abang Faizul atas kejayaan viva beliau pada 20.10.2010 yang lalu. Semoga lebih ramai lagi yang akan kmenyusul dengan kejayaan yang serupa, insyaAllah.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil dihadapan rumah Abang Faizul.











Dah takde keje ke?






No comments:

Post a Comment