Thursday 10 February 2011

Gotong-royong Memunggah Barang ke dalam Kontena Saudara Hadi

Share
Assalamualaikum

Pada tanggal 8 Februari 2011 yang lalu (hari Selasa) telah diadakan gotong-royong memunggah barang masuk ke dalam kontena untuk sahabat kita Saudara Hadi dan Saudari Aisyah. Walaupun aktiviti jatuh pada hari bekerja, namun atas semangat persahabatan dan ukhwah, ramai warga MSC Liverpool yang turun membantu, bukan sahaja dari segi tenaga untuk mengangkat barang tetapi juga bantuan menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada semua yang terlibat. Seperti biasa, kerja yang berat menjadi ringan dengan adanya kerjasama disusuli dengan gelak ketawa yang menjadi 'trademark' warga Malaysia di Liverpool. Semoga ukhwah dan keikhlasan dalam bersahabat yang disemai di bumi Liverpool ini akan dapat diteruskan walau di mana jua kita berada. Saudara Hadi dan Saudari Aisyah telah pun berangkat pulang ke Malaysia pada hari berikutnya, 9 Februari 2011. Pihak MSC Liverpool ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan kepada Saudara Hadi dan Saudari Aisyah, semoga kita berjumpa lagi.




No comments:

Post a Comment