Sunday 25 September 2011

Keputusan Pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 MSC Liverpool 2012

Share
Assalamualaikum,

Pada AGM MSC yang lalu, keputusan pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu1 MSC Liverpool yang baru yang akan memimpin MSC pada tahun 2012 telah diumumkan. Proses pengundian yang berlangsung selama lebih kurang 3 minggu itu telah berjaya menarik lebih daripada 90% warga MSC untuk membuang undi. Keputusannya, Saudara Shaiful telah dipilih sebagai Penghulu manakala Saudara Zuhri sebagai Timbalan Penghulu 1 yang baru. Penyerahan tugas akan dilakukan kemudian dan mereka secara rasminya akan memikul tanggungjawab yang diberikan oleh semua warga MSC berkuatkuasa 1 Oktober 2011. ini adalah bagi memudahkan JK MSC 2011 untuk melengkapkan laporan dan fail MSC, sebelum diserahkan kepada mereka. Seperti biasa, Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 akan membentuk JawatanKuasanya sendiri dikalangan warga MSC. Kami mengharapkan agar semua warga MSC dapat memberikan kerjasama yang jitu yang pernah dirasai oleh JK MSC 2011 dan sebelumnya bagi membolehkan MSC terus menjalankan fungsinya sebagai persatuan komuniti yang mampu merapatkan hubungan sesama ahli dan juga memastikan kebajikan ahli sentiasa dalam keadaan baik, insyaAllah.

Akhir kata, AJK MSC 2011 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana bersama2 membantu kami untuk memastikan MSC terus dapat berdiri dan berbakti kepada masyarakat Malaysia di Liverpool amnya, dan warga MSC khasnya. Kami juga ingin mngucapkan tahniah kepada Saudara Shaiful dan Saudara Zuhri atas pemilihan ini.

Terima kasih.
Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 yang baru, Saudara Shaiful (kiri) dan Saudara Zuhri.


Penghulu, Timbalan Penghulu 1dan mantan Penghulu.

Majlis Sambutan Aidilfitri dan AGM MSC Liverpool 2011

Share
Assalamualaikum,

Masih di dalam bulan Syawal 1432H, MSC Liverpool telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri pada hari Sabtu 24 September 2011 yang lalu. Bertempat di Kensington Sports Centre, majlis tersebut diadakan dengan serba sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ramai warga MSC, termasuk pelajar2 UG yang baru. Menu pada hari tersebut adalah pelbagai, dengan nasi tomato dan ayam masak merah, pulut kuning, nasi himpit dan kuah kacang, soto dan macam2 lagi juadah pencuci mulut. Seperti biasa, juadah disediakan secara gotong-royong oleh semua warga MSC. Kami AJK MSC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga yang menyumbang dari segi kewangan dan juga tenaga dalam menjayakan majlis ini. Turut ditujukan penghargaan ini kepada kedai makanan halal JB Superstore yang masih sudi menyumbang 2 kotak ayam seperti tahun2 sebelumnya, begitu juga kepada KUL atas sumbangan pinggan mangkuk dan bayaran sewa dewan.

Pada majlis tersebut juga, AGM MSC telah diadakan. Setelah sekian lama, AJK MSC pada tahun ini memutuskan untuk mengadakan AGM bagi memudahkan JK MSC seterusnya memohon peruntukan kewangan daripada pihak Education Malaysia UK. Beberapa perkara telah dibincangkan pada AGM tersebut seperti laporan aktiviti2 2011 dan juga laporan kewangan. Pengumuman pemilihan Penghulu dan Timbalan Penghulu 1 untuk memimpin MSC pada tahun 2012 juga telah diumumkan pada mesyuarat berkenaan.

Akhir kata, kami JK MSC 2011 ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan semua warga MSC khasnya, dan LMS dan KUL amnya atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang memimpin MSC pada tahun 2011 ini. Kami berharap agar sokongan yang sama atau lebih baik lagi dapat diberikan kepada JK MSC 2012.

Terima kasih.













Gotong-royong Mengangkat Barang Masuk ke dalam Kontena

Share
Assalamualaikum,
bertarikh 3 September 2011 yang lalu, gotong-royong mengangkat barang ke dalam kontena warga MSC Liverpool yang akan kembali ke tanah air telah pun diadakan. Sebanyak 2 sesi melibatkan beberapa keluarga yang mana pada sebelah awal pagi gotong-royong mengangkat barang keluarga Saudara Nik telah diadakan. pada sebelah tengahari pula, sesi kedua melibatkan 3 lagi keluarga iaitu keluarga Saudara Khairul, Azmir dan Khairi telah dijalankan. Alhamdulillah semua proses pemunggahan telah dapat diselesaikan dan kami AJK MSC mengucapkan terima kasih kepada warga MSC yang turun beramai-ramai pada hari tersebut walaupun cuaca hujan. Kami mewakili seluruh warga MSC mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan selamat maju jaya kepada warga yang telah/ akan kembali ke Malaysia dalam waktu yang terdekat ini.











Saturday 10 September 2011

Banking in the UK

Share
Santander
http://www.santander.co.uk

Barclays
http://group.barclays.com/Home

Halifax
http://www.halifax.co.uk/home/home.asp

HSBC
http://www.hsbc.co.uk/1/2/

Lloyds TSB
http://www.lloydstsb.com/

NatWest
http://www.natwest.com/personal.ashx

Royal Bank of Scotland
http://www.rbs.co.uk/

Panduan Ringkas Pelajar Baru

Share
MSC LIVERPOOL
PANDUAN RINGKAS UNTUK PELAJAR BARU

PERSEDIAAN SEBELUM KE LIVERPOOL

Barang yang perlu dibawa

  • Barangan elektrik yang digalakkan untuk dibawa adalah seperti periuk nasi dan laptop sahaja.
  • Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan POS Malaysia (Pengangkutan Laut : RM116.60 bagi 20kg) untuk menghantar buku.
  • Tidak digalakkan membawa baju panas yang banyak
  • Barangan dapur yang sukar didapati di Liverpool adalah seperti ikan bilis dan keropok lekor.

Sebelum berlepas, pastikan anda membawa

  • Passport Antarabangsa danVISA yang sah
  • Surat Tawaran belajar dari Universiti
  • Surat Pembiayaan Kewangan dari Penaja
  • Gambar ukuran passport (latar belakang putih digalakkan)
  • Sijil lahir (terjemahan)
  • Sijil Nikah (terjemahan)
  • Sijil/diploma/ijazah salinan yang asal
  • Surat daripada host dan Tenancy Agreement (urusan imegresen)
  • NCD kereta (untuk dapat diskaun bila beli insuran kereta)
  • Telefon bimbit

Sebelum berlepas, pastikan anda membawa

  • Cek kembara
  • Bank Draft
  • Wang Tunai
Nota : Tidak digalakkan membawa wang tunai yang banyak. Perbelanjaan relatif yang perlu dijelaskan seamasa sampai di Liverpool adalah seperti berikut :

  •  Sewa rumah dan deposit rumah
  • Pengangkutan (Dari Airport ke Liverpool)
  • Keperluan Rumah (Pinggan, Duvet, Makanan)
  • Kabel TV (Sky/Virgin) - jika perlu
  • Insuran kereta (jika perlu)
  • TV
  • Lesen TV
Sila pastikan anda menghantar ITINERARY TICKET ke Biro Kebajikan MSC melalui emel secepat yang mungkin untuk memudahkan urusan pengangkutan.

KETIBAAN DI AIRPORT

Pihak MSC menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan sumbangan pengangkutan - GBP 30 untuk sebuah kereta dan GBP 50 untuk MVP bagi menampung bayaran minyak dan parking. Wang sumbangan ini akan diberikan kepada pihak yang mengambil pelajar/keluarga tersebut. Sila hubungi AJK MSC sekiranya anda telah tiba di airport.

SEMASA DI LIVERPOOL

  1. MSC Liverpool menyediakan perkhidmatan host untuk memudahkan urusan anda di Liverpool. Jawatankuasa menetapkan agar tempoh  transit pelajar baru untuk tinggal bersama pasangan host adalah selama 3 hari dengan sumbangan kepada host sebanyak GBP 40 (untuk keluarga dengan 2 anak)
  2. Pembukaan akaun bank di Liverpool akan mengambil masa selama 1 hingga 2 minggu bergantung kepada bank (NATWEST, LLOYDS TSB atau HSBC) bagi mendapatkan kad atau buku cek. Oleh itu, dinasihatkan anda segera membuka akaun bagi membolehkan anda menghantar dengan segera butiran akaun ke KPT/JPA/Penaja bagi membolehkan pembayaran biasiswa seterusnya tidak terganggu. Anda digalakkan membuka akaun di HSBC di Malaysia bagi memudahkan proses pembukaan akaun di sini.
  3. Persekolahan anak-anak - Terdapat 5 buah sekolah berhampiran dengan Universiti. Kesemua kanak-kanak berumur 3 tahun (selepas September) berpeluang untuk bersekolah.
  4. Rumah Sewa - Anggaran GBP 450 - 600 (Bergantung kepada kawasan & jarak dari universiti anda seperti yang telah diterangkan dalam e-mail MSC)
  5. Klinik Kesihatan dan GP - Pendaftaran memerlukan passport, host anda akan membantu dalam mendaftar.
  6. Kereta - Anggaran GBP 500 -900. Host akan cuba bantu hubungi mereka yang berpengalaman dalam pencarian kereta.
Lain-lain

Hotline:

Council Tax (Liverpool) - 01512333008
British Gas - 08000728629
Scottish Power - 08452707008
United Utilities - 08457461100
TV  Licensing - 08448005875
Delta Taxi - 01519247373
TalkTalk - 08700875703
Tiscali - 08712223311
Liverpool Direct (Sekolah) - 01512333007

Sebarang penjelasan lanjut, bolehlah menghubungi pihak BIRO kebajikan MSC. 

    Info Liverpool

    Share
    Selamat Sejahtera

    Semoga saudara/i dalam keadaan sihat dan diberkati Allah.

    Terlebih dahulu pihak Malay Speaking Circle (MSC) Liverpool ingin mengalu-alukan kedatangan saudara/i dan mengucapkan tahniah kerana berpeluang utk menimba ilmu di sini. Salah satu fungsi MSC adalah membantu pelajar/warga Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke Liverpool dengan cara menyalurkan maklumat/nasihat yang berkaitan dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri kemudian nanti. Berikut adalah serba sedikit mengenai MSC Liverpool:

    http://www.mscliverpool-blog.blogspot.com/

    http://groups.yahoo.com/group/mscliverpool/

    saudara/i digalakkan untuk menjadi ahli MSC liverpool yahoogroup dengan cara memohon keahlian kepada moderator group. Sila perkenalkan diri saudara/i kepada moderator semasa proses permohon keahlian utk memudahkan keahlian saudara/i diterima. Segala maklumat yang berkaitan dgn MSC liverpool akan dihebahkan melalui MSC liverpool yahoogroup dari masa ke masa.

    Justeru bagi membolehkan MSC mengetahui serba sedikit mengenai saudara/i, sudilah kiranya memaklumkan kepada MSC maklumat-maklumat yang berikut:

    1) Nama penuh, umur

    2) Majikan di Malaysia

    3) Kursus yang diambil di Liverpool dan nama universiti

    4) Nama serta umur bagi pasangan dan anak-anak yang akan turut serta

    5) Tarikh dijangka tiba di Liverpool (sertakan maklumat penerbangan (flight itinerary) (jika ada)


    Sila hubungi Penghulu dan Biro kebajikan MSC untuk mendapatkan Host Letter bagi menyokong permohonan visa saudara/i kelak. Juga disertakan adalah sedikit panduan ringkas untuk persediaan sebelum ke liverpool. Sedikit gambaran tentang apa yang boleh MSC bantu ialah:


    Bantuan dari MSC Liverpool Kepada Pelajar/Keluarga yang tiba:

    1- Pengangkutan dari airport manchester/liverpool – bantuan boleh diberikan dengan sedikit sumbangan daripada pihak pelajar, iaitu GBP30 untuk sebuah kereta dan GBP50 untuk MPV bagi tujuan menampung bayaran minyak dan parking kenderaan. Wang sumbangan ini akan diberikan kepada pihak yang mengambil pelajar/keluarga tersebut. Walaubagaimanapun, bantuan ini bergantung kepada kerelaan dan kelapangan warga MSC pada masa ketibaan pelajar. Sumbangan ini masih rendah secara relatifnya. Sebagai contoh – Pengangkutan dari Manchester Airport ke Liverpool dengan menaiki teksi biasanya GBP70.00. Juga, pelajar digalakkan untuk merancang supaya tiba di sini pada hujung minggu, kerana kemungkinan sekiranya pelajar tiba pada hari bekerja, ramai warga MSC yang perlu ke university dan pelajar mungkin terpaksa menaiki keretapi/menyewa teksi untuk datang ke Liverpool.

    2- Rumah Transit/host – jumlah sumbangan adalah GBP40 bagi keluarga/pelajar baru yang ahli keluarganya tidak melebihi empat orang (suami, isteri dan dua anak) . Bagi setiap penambahan ahli keluarga, bayaran GBP5 akan dikenakan. Pihak MSC menetapkan bahawa tempoh transit adalah selama 3 hari. Pelajar diharapkan agar memahami keadaan keluarga Malaysia di sini yang kebanyakannya mempunyai keluasan kediaman yang terhad (kebanyakannya dengan 1 @ 2 bilik kecil sahaja). Walaubagaimanapun, sekiranya tempoh yang lebih lama diperlukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya bergantung kepada budi bicara host berkenaan.

    3- Rumah Kediaman - pihak MSC tidak mencarikan rumah untuk pelajar baru kerana dikhuatiri tidak bersesuaian dengan kehendak pelajar, Tetapi kami akan beri garis panduan yang boleh membantu pelajar dalam urusan pencarian rumah. Diharapkan ini dapat membantu pelajar dalam dalam urusan pencarian rumah dari awal lagi.

    Jika saudara/i datang bersama keluarga, maka saudara/i perlu mencari sebuah rumah untuk disewa, samada melalui property agent ataupun landlord. Agent rumah sewa yang popular disini dan menyediakan urusan yang mudah untuk pelajar menyewa (perlu sediakan surat tawaran belajar dari universiti, bukti pelajar seperti maklumat pendaftaran, afidavit kewangan (financial affidavit) dari KPT/universiti serta bayaran booking, admin dan legal fee (dalam GBP120) ialah Sutton Kersh:

    http://www.suttonkersh.co.uk/index.php?page=residential_lets_home.html

    Selain itu, saudara/i boleh juga merujuk ke laman-laman web berikut utk tujuan mencari rumah sewa:

    http://www.gumtree.com/flats-and-houses-for-rent/kensington-liverpool/house-for-rent

    http://www.rightmove.co.uk/property-to-rent.html

    jika saudara/i datang bersendirian, mungkin menyewa sebuah bilik sudah mencukupi. Agent rumah sewa untuk pelajar-pelajar universiti (kebanyakannya untuk penyewa individu (pelajar undergrad/tanpa keluarga)), ialah Liverpool Student Home:

    http://www.studentpad.co.uk/liverpool/Accommodation-Search.asp

    Tempoh berurusan untuk mencari rumah disini agak lama, sekitar seminggu hingga sebulan. Jadi jika saudara/i dapat menyelesaikan urusan pencarian rumah sebelum tiba ke liverpool, ianya akan lebih memudahkan, terutamanya jika saudara/i datang bersama keluarga. Postcode bagi pencarian rumah yang sesuai bagi pelajar adalah L7 (Kensington) dan L3 (city center) kerana berdekatan dengan universiti.

    Dalam masa yang sama, pihak MSC juga akan memaklumkan saudara/i sekiranya terdapat rumah untuk disewa yang terus dengan tuan rumah (Landlord), namun ada waktu-waktu yang susah untuk kita perolehi rumah sewa seperti ini.

    Anggaran Kos hidup dan lain-lain.

    1- Anggaran kos hidup disini adalah bergantung daripada pihak saudara/saudari berbelanja. Kebiasaanya anggaran kos hidup sebulan bagi rumah bernilai £400-£600 adalah £1100 -£1600 termasuk rumah, kereta, makan serta bil-bil lain.

    2- Sekolah anak. Terdapat banyak nursery (3-4 tahun) dan sekolah (4 ke atas) di sini, dengan percuma, dan hanya perlu beli uniform sekolah sahaja. Perkara ini boleh diuruskan setelah tiba di UK.

    MSC berharap penjelasan ini dapat membantu saudari membuat persiapan dan persediaan sewajarnya sebelum datang ke sini. Kalau ada apa-apa pertanyaan, bolehlah saudara/i terus berhubungan dengan kami di Biro Kebajikan MSC. MSC akan cuba membantu untuk memudahkan urusan saudara/i sekeluarga.

    Semoga segala urusan saudara/i untuk tiba di sini pada masa yang dirancang dipermudahkan.

    Sekian.

    MSC Liverpool

    Accommodation

    Share
    Private hall
    1. http://www.unite-students.com/student-halls-of-residence/
    2. http://www.studentpad.co.uk/liverpool/
    3. http://www.libertyliving.co.uk/
    4. http://www.cosmostudents.com/location/liverpool/

    University hall
    1. http://www.liv.ac.uk/accommodation/


    Agent
    1. http://www.livinginliverpool.co.uk/
    2. http://www.suttonkersh.co.uk/
    3. http://www.rightmove.co.uk/