Monday 9 May 2011

Hari Keluarga MSC Liverpool 2011

Share
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada hari Sabtu 7 May 2011 yang lalu bertempat di Otterspool telah diadakan hari keluarga MSC. Semua orang nampaknya bergembira dan 'enjoy' pada ahari tersebut walaupun berlaku sedikit kelam kabut sebelum berlangsungnya program akibat daripada keadaan cuaca yang hujan pada sebelah pagi dan tengahari. Alhamdulillah, matahari mula menampakkan dirinya sejurus sebelum bermulanya program dan membolehkan semua warga MSC Liverpool yang hadir pada hari tersebut dapat menikmati keseronokan aktiviti luar yang hanya dapat dijalankan pada musim bunga dan panas. Paling seronok sudah pasti anak-anak kecil yang meriah berlari ke sana - sini. Yang lainnya pun berseronok juga dengan permainan yang dirancang oleh AJK MSC dan juga yang di bawa sendiri, selain dapat bertemu dengan sahabt-sahabat lain yang mana kali terakhir program anjuran MSC yang melibatkan semua orang adalah pada bulan Febuari 2011 yang lalu.

Pada hari itu juga pihak MSC telah menyerahkan cenderamata kepada warganya yang bakal balik ke Malaysia pada tahun ini. Seramai lebih kurang 25 pelajar (UG dan PG) akan menamatkan pengajian pada tahun dan kembali ke tanahair buat selamanya. Pihak MSC mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan selama berada di Liverpool ini. Sesi perkenalan kepada warga baru turut diadakan pada hari tersebut dan diharap ukhwah erat yang sebati dalam kumpulan MSC ini akan diteruskan oleh warga lama dan baru ini.

Akhir kata, pihak AJK MSC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua kerana sentiasa bersama-sama dengan kami dan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan sebarang aktiviti yang dirancang. Semoga sokongan ini akan diteruskan pada aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Wassalam.