Monday 17 May 2010

Program meraikan pelajar UG 2010

Share

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Pada 15/5/2010, pihak MSC dengan kerjasama KUL telah menganjurkan satu majlis meraikan pelajar-pelajar Undergraduate yang akan menghadapi peperiksaan dan yang akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian mereka di Liverpool. 
Pelajar Undergraduate kebanyakannya yang akan mengambil peperiksaan bermula pada 24/5/ sehingga 4/6/2010 dan seramai 8 orang pelajar UG akan tamat pengajian mereka pada tahun ini.

Pihak MSC bersetuju untuk memberikan mereka sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan.

Program dibahagikan kepada 2 sessi iaitu sessi perempuan dan lelaki. Sessi untuk perempuan telah diadakan bermula 12.30 tghari dengan dimulakan dengan jamuan, penyampaian cenderahati, solat zohor, solat hajat dan sedikit pengisian oleh Pn. Aisya. Program tamat kira-kira pukul 3.30ptg.

                                    


Antara yang hadir

pengisian ilmu oleh Pn. Aisya

Cenderahati kepada Izyan

Program untuk lelaki pula telah diadakan pada sebelah malam bermula pada pukul 8.45 mlm. Dimulakan dengan bacaan Yasin, solat Maghrib, solat hajat, pengisisan ilmu oleh Utz. Tarmizi, jamuan dan penyampaian senderahati.


Bacaan yasin

Solat Hajat

Pengisian Ilmu oleh Utz Tarmizi



                                      
Cenderahati dari MSC kepada Firman


Semoga semua pelajar-pelajar UG akan dapat menghadapi peperiksaan dengan mudah dan tenang.
Kepada yang akan kembali ke Malaysia, pihak MSC mengucapkan selamat maju jaya dalam semua bidang yang akan diceburi.

Terima kasih.