Tuesday 23 February 2010

Tahniah-PhD 2010

Share
                                                            Tahniah dari kami MSC Liverpool


                                            

                

Monday 15 February 2010

Sekitar Jamuan Aqiqah Keluarga Nazali dan Shahrir 14-2-2010

Share
Terima kasih kepada Keluarga Nazali dan Shahrir yang sudi menjemput semua warga MSC Liverpool ke majlis Kenduri Aqiqah untuk putera-putera mereka.
Semoga menjadi anak yang solih.

Maklumat majlis :
14 Februari 2010,
bermula jam 3.00 hingga 7.00 petang
di alamat 43a, Ashfield, L15 1EY



















Sunday 7 February 2010

Program Kursus Pra Perkahwinan-6/7-2-2010

Share

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Bertempat di ruang tamu rumah saudara Attas Killa, MSC dengan kerjasama KUL telah mengadakan kursus perkahwinan khas kepada UG/PG yang masih bujang.
Seramai 23 peserta berbagai aliran dan tahun telah menyertai kursus ini.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Al Utz. Erfino Johari dari MSD London.
Kursus ini mengambil masa 1hari setengah.
Di sebelah malamnya telah diadakan perjumpaan santai bersama dengan Post Grade lelaki.

Rakaman ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Saudara Attas yang sudi membenarkan ruang tamu rumah beliau sebagai tempat kursus, kepada Utz Erfino dan Unit Sukarelawan Pengangkutan yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.

Link ke blog utz Erfino Johari : http://erfino.blogspot.com/2010/02/session-with-our-postgraduates.html
: http://erfino.blogspot.com/2010/02/pre-marriage-course-liverpool.html

Terima kasih dari kami MSC Liverpool










======================================================================




(Email dari pengarah...Pazli)
Email 1
Salam,
sukacita dimaklumkan bahawa MSC Liverpool 2009/10 dengan kerjasama Malaysian Student Department(MSD) akan mengadakan kursus kahwin khas untuk sesiapa yang belum mendirikan rumah tangga(keutamaan kepada undergrad) pada 6 dan 7 Februari 2010.Untuk maklumat lanjut,sila hubungi saya-07546694201 or email-kyuem1566@
Email 2
Salam,
berikut merupakan details mengenai kursus pra perkahwinan yang akan dianjurkan dan juga pengiktirafan terhadap sijil yg akan dikeluarkan oleh MSD:
1.Kursus perkahwinan di Malaysia dikendalikan oleh jabatan2 majlis agama negeri.
2.MSD bukan dilantik sebagai wakil jabatan2 agama negeri untuk menganjurkan kursus ini di UK.
3.Kursus pra perkahwinan di UK adalah berasakan perkongsian imu fardhu Ain berkaitan perkahwinan, dan bukannya sebagai compliance syarat untuk berkahwin atau certificate based.
4.Tiada jaminan sijil kursus di UK untuk diterima pakai oleh mana2 jabatan agama di Malaysia kerana MSD bukan wakil yg dilantik mereka.
Even sijil maybe xdiiktiraf di negeri masing2,marilah bersama-sama kita memeriahkan majlis perkongsian ilmu ini.Semoga kita terus diberkati oleh Allah,wallahualam.
'Hanya kepada Engkau(Ya Allah) Kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. '-Al-Fathihah, ayat 5




(Email dari Penghulu...)

Assalamualaikum warahmatullahiwabar akatuh.
Saya merujuk kepada perkara tersebut, seperti yang disebut oleh saudara Pazli(pengarah program) berkenaan 'sijil' yang dikeluarkan oleh MSD bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat MSC untuk mengadakan program ini.
Jika sijil ini diakui di Malaysia, maka ia merupakan satu bonus kepada adik-adik semua, tetapi yang terlebih penting ialah ilmu yang akan didapati daripada program tersebut,
sekurang-kurangnya adik-adik akan mendapat pendedahan awal berkenaan hukum hakam sebelum perkahwinan dan selepas perkahwinan, pendedahan asas pembinaan insan, pendedahan asas pembinaan keluarga(dari segi kewangan, anak-anak, emosi dan lain-lain).
Program ini juga akan dikendalikan oleh Utz (Erfino Johari - Atase Agama MSD London) yang berpangalaman insyaAllah.

Jadi saya berharap adik2 semua dapatlah merebut peluang yang disediakan untuk menambah ilmu kekeluargaan dari sudut agama dan kita berehat sebentar dari kesibukan-kesibukan akademik kita di bumi UK ini.

Oleh itu, suka untuk saya menyeru sekali lagi, bagi sesiapa yang masih belum mendaftar, sila daftar segera dengan saudara Pazli dalam merebut peluang yang terhad ini.


Sekian, terima kasih.